• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk DAN PSB TEROKA KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA KWAP BAGI PEMBANGUNAN PUSAT PENJAGAAN WARGA EMAS

IPOH, 5 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) bersama anak syarikat milik penuhnya, PKEINPk Sdn. Bhd. (PSB), telah mengadakan kunjungan hormat ke Pengurusan Tertinggi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) bagi membincangkan cadangan pembangunan Pusat Penjagaan Warga Emas di atas tanah Baitulmal milik MAIPk yang terletak di Meru, Ipoh.

Delegasi MAIPk diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Syamsul Hazeman bin Md. Salleh. Turut menyertai kunjungan ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PSB, Tuan Amirul Hakim bin Abdullah, Ketua Pegawai Operasi MAIPk, Puan Wan Maizura binti Wan Zahari dan Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Korporat MAIPk, Encik Rohizan bin Omar.

Perbincangan memberi tumpuan kepada potensi kerjasama strategik dalam merealisasikan pembangunan sebuah Pusat Penjagaan Warga Emas yang komprehensif, selaras dengan usaha memperkasakan penyediaan kemudahan penjagaan berkualiti serta memenuhi keperluan masyarakat yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan penjagaan warga emas.

Semoga jalinan kerjasama strategik antara MAIPk, PSB dan KWAP ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan projek berimpak tinggi yang bukan sahaja memperkasa pembangunan aset Baitulmal, malah menyumbang kepada kesejahteraan, kebajikan dan kualiti hidup warga emas di Negeri Perak.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.