• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • DARI WAKAF KE PEMERKASAAN UMMAH – MAIPk TINJAU POTENSI PEMBANGUNAN ASET DAN KEJAYAAN USAHAWAN ASNAF

DARI WAKAF KE PEMERKASAAN UMMAH – MAIPk TINJAU POTENSI PEMBANGUNAN ASET DAN KEJAYAAN USAHAWAN ASNAF

GERIK, 4 Ogos 2026 – Majlis Agama Islam dan ’Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan lawatan kerja ke beberapa lokasi strategik di sekitar daerah Gerik dan Lenggong. Lawatan diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi MAIPk, Puan Wan Maizura binti Haji Wan Zahari. Turut serta ialah Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Korporat, Encik Rohizan bin Haji Omar; Pengurus Besar Bahagian Pemerkasaan Asnaf, Encik Amirudin bin Osman; dan Pengurus Besar Bahagian Wakaf, Puan Fazilah binti Bawadi.

Lawatan dimulakan di Darul Tahfiz Gerik, sebuah institusi pendidikan yang dibangunkan di atas tanah wakaf seluas empat ekar. Kunjungan tersebut bertujuan meninjau kemudahan sedia ada serta mengenal pasti keperluan penambahbaikan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif, khususnya untuk pelajar tahfiz daripada keluarga asnaf dan golongan kurang berkemampuan.

Rombongan seterusnya melawat ladang ternakan kelulut di Lawin yang diusahakan oleh usahawan bimbingan MAIPk. Menerusi sokongan dan bimbingan yang diberikan, perusahaan madu kelulut tersebut kini mampu menjana pendapatan antara RM4,000 hingga RM7,000 sebulan. Lawatan diteruskan ke perusahaan pekasam di Lenggong yang telah berkembang menjadi sebuah rumah makan berasaskan hidangan ikan sungai dan berjaya menjana pendapatan antara RM1,000 hingga RM1,500 sehari. Kejayaan kedua-dua perusahaan ini membuktikan keberkesanan inisiatif pemerkasaan ekonomi MAIPk dalam membantu usahawan asnaf meningkatkan taraf hidup dan pendapatan keluarga.

Dalam rangka lawatan yang sama, rombongan turut meninjau beberapa premis serta hartanah wakaf dan baitulmal yang berpotensi untuk dibangunkan di Lenggong. Aset berkenaan melibatkan dua unit rumah teres, sebuah tapak pembangunan, sebuah dewan serbaguna, sebuah rumah wakaf dan sebuah rumah banglo milik MAIPk. Penilaian tersebut merupakan sebahagian daripada usaha mengenal pasti potensi pembangunan dan pengoptimuman aset bagi menjana manfaat ekonomi secara mampan, seterusnya memperkukuh sumber kewangan MAIPk demi kepentingan asnaf dan kesejahteraan ummah.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan MAIPk dalam memperkukuh pengurusan aset wakaf dan baitulmal serta memperkasa usahawan asnaf menerusi pendekatan turun padang. Usaha ini penting bagi memastikan setiap aset dan inisiatif yang dilaksanakan dapat dioptimumkan serta memberikan impak yang bermakna kepada masyarakat.

“Aset Wakaf Diperkasa, Asnaf Sejahtera, Ummah Terpelihara”


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.